Diriwayatkan seorang raja berhasil membangunkan kota dengan
segala keperluannya yang cukup megah. Kemudian raja itu mengundang rakyatnya
untuk berpesta ria menyaksikan kota itu. Pada setiap pintu, penjaga
diperintahkan untuk menanyai setiap pengunjung adakah cela dan kekurangan kota
yang dibangunnya itu.
Hampir seluruh orang yang ditanyai tidak ada cacat dan
celanya. Tetapi ada sebahagian pengunjung yang menjawabnya bahawa kota itu
mengandungi dua cacat celanya. Sesuai dengan perintah raja, mereka ditahan
untuk dihadapkan kepada raja.
"Apa lagi cacat dan cela kota ini?" tanya raja.
"Kota itu akan rosak dan pemiliknya akan mati."
Jawab orang itu. Tanya raja, "Apakah ada kota yang tidak akan rosak dan
pemiliknya tidak akan mati?"
"Ada. Bangunan yang tidak boleh rusak selamanya dan
pemiliknya tidak akan mati." Jawab mereka.
"Segera katakan apakah itu." Desak raja.
"Syurga dan Allah pemiliknya," jawabnya tegas.
Mendengar cerita tentang syurga dan segala keindahannya itu,
sang raja menjadi tertarik dan merinduinya. Apa lagi ketika mereka menceritakan
tentang keadaan neraka dan azabnya bagi manusia yang sombong dan ingin
menandingi Tuhan. Ketika mereka mengajak raja kembali ke jalan Allah, raja itu
pun ikhlas mengikutinya. Ditinggalkan segala kemegahan kerajaannya dan jadilah
ia hamba yang taat dan beribadah kepada Allah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar